Categories
Berita Semasa

Tunisia menjadi tuan rumah kepada persidangan menyokong tahanan Palestin yang terbesar

Isnin , 10-09-2012 – Ibu negara Tunisia dijadualkan menjadi tuan rumah kepada persidangan antarabangsa terbesar dalam menyokong tahanan Palestin dan Arab di penjara Israel pada November nanti di bawah tajaan rasmi presiden republik itu, Moncef Marzouki.

Jawatankuasa Persediaan untuk persidangan yang bermesyuarat pada Selasa telah mengambil keputusan bahawa persidangan akan diadakan pada 10 dan 11 November.

Sekumpulan ahli politik dan aktivis hak asasi turut bekerjasama untuk membuat persediaan sewajarnya yang mana ianya disifatkan oleh jawatankuasa sebagai yang terbesar seumpamanya dalam usaha menyokong isu tahanan di penjara Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati