
Isnin , 10-09-2012 – Beratus-ratus rakyat Palestin menganjurkan bantahan besar-besaran di dataran Ibn Rushd di bandar al-Khalil pada hari Selasa berkenaan kos sara hidup dan meminta Perdana Menteri PA Salam Fayyad agar meletak jawatan.
Puluhan teksi, jentolak dan kenderaan awam mengembara dari selatan ke pusat bandar al-Khalil untuk membantah kenaikan kos bahan api, memandu kenderaan mereka dalam perarakan ke dataran Ibn Rushd di pusat bandar.
Beratus-ratus penunjuk perasaan turut menyertai demonstrasi di pusat bandar terhadap kenaikan harga komoditi asas.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada