Categories
Berita Semasa

(PANAS !) Pendatang Yahudi serbu dataran Masjid Aqsa

Rabu , 12-09-2012 – Puluhan pendatang dan agen perisikan menyerbut dataran Masjid Aqsa di Baitulmuqaddis pada petang Ahad, demikian menurut Yayasan Waqaf dan Warisan Aqsa (AFEH).

Dalam kenyataannya, AFEH berkata bahawa terdapat 30 pendatang disertai sejumlah agen perisikan bersama 1200 pelancong telah menyerbu masjid pada petang Ahad.

Kenyataan itu turut menyebut bahawa rejim Israel akan menjalankan upacara Talmud pada Isnin di tembok Al-Buraq dengan penyertaan para rabbi dari penempatan utama di Tebing Barat. Ribuan turut dijangka akan menyertai upacara ini.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati