Jumaat ,18/08/2006 –
Seramai 800 pendatang baru Yahudi sampai di “Israel” pada hari Rabu (16/08) ”. Para imigran tersebut datang dari Amerika, Kanada dan England ini disambut oleh PM Israel Ehud Olmert di Tel Aviv.
Dalam ucapannya kepada imigran baru ini Olmert mengatakan, “Ini adalah hari yang istimewa bagi kita semua. Dalam tiga minggu terakhir bukanlah masa yang mudah, namun demikian anda telah menyokong Israel dan telah berbuat baik terhadap tindakan (militan di Lubnan) yang dilakukan Israel demi membela rakyatnya.”
Seperti dipetik akhbar al-quds al-arabi, Khamis (17/08), Olmert menambah, “Tidak ada sokongan yang lebih besar dari keputusan anda semua untuk datang dan tinggal di Israel. Apabila di sana ada satu
yang akan membantu masa depan Israel maka perkara itu adalah imigrasi Yahudi ke sini (Israel).”
Merujuk kepada perang yang dihentikan pada Isnin (14/08) Olmert mengatakan bahawa “negara ini bukanlah tempat hidup yang mudah.
Jika anda semua belum mengerti maka kalian akan tahu dalam waktu terdekat. Kita berhadapan kesulitan-kesulitan besar namun kita tidak memiliki tanah air selain ini. Maka inilah satu-satunya tanah
air kita.” Olmert menambah, “Anda semua dan ratusan orang yang datang ke Israel sedang menunjukkan bahawa kita tidak takut dengan apapun
(yang terjadi) dan anda meyakini masa depan negara Israel.”