Isnin ,21/08/2006 –
Sekitar seratus orang ‘Israel’ ikut serta dalam tunjuk
perasaan di Tel Aviv, Khamis (17/8). Para peserta demonstrasi meminta PM Ehud Olmert meletak jawatan kerana dinilai menyerah diri kepada pejuang Lubnan setelah gerakan militan ke Lubnan yang berlangsung selama sebulan.
Penunjuk perasaan membawa sepanduk yang bertulis “Olmert = Chamberlain”, merujuk kepada PM England Artur Neville Chamberlain yang menandatangani perjanjian Munich dengan Nazi Jerman pada tahun
1938 yang memberi kemudahan kepada Adolf Hilter menyerang Eropah Timur.
Penunjuk perasaan juga membawa sepanduk lain yang tertera perkataan “Tidak, untuk Mereka yang Menyerah” bersama gambar Olmert dan Menteri Pertahanan Israel Amir Peretz serta Menteri Luar Israel Tzevi Livni. Pasca serangan Israel ke Lubnan, populariti Olmert menurun secara mendadak. Dalam pungutan pendapat yang diterbitkan akhbar Israel
Ma’arev dinyatakan bahawa hanya 40% sahaja penduduk Israel yang puas hati dengan tindakan Olmert, berbanding pada bulan Julai lalu
populariti Olmert mencapai 80%.
Menurut Ma’arev, sekitar separuh orang Israel (49%) melihat bahawa Olmert bertanggungjawab atas kegagalan Israel dalam perang terhadap
Lubnan.