Ansar Al-Quds : Kami Bunuh Lapan Tentera Israel di Sinai

Selasa, 02-10-2012 – Kumpulan yang menggelarkan diri mereka Ansar al-Quds mengaku bertanggungjawab dalam serangan rentas sempadan yang membunuh askar Israel dan mencederakan yang lain di Sinai serta mengesahkan bahawa lapan orang tentera Israel telah terbunuh dalam operasi tersebut.

” Operasi tersebut telah berjaya mengebom peronda keselamatan Israel”, kata Ansar al-Quds dalam kenyataannya, yang bertajuk ” Operasi Celaan” sebagai membalas dendam terhadap sesiapa sahaja yang berani menghina Rasullullah (S.A.W), dan mengesahkan bahawa lapan orang tentera Israel telah terbunuh.

Kenyataan itu juga menyebut bahawa penyerang mempunyai senjata peribadi sendiri berupa Kalashnikovs, RPG dan bom tangan serta memakai tali pinggang letupan mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : huda