
Selasa, 02-10-2012 – Pasukan Berkuasa Palestin telah menangkap enam penyokong Pergerakan Hamas di al-Khalil dan Nablus dan menyaman dua tahanan yang telah dibebaskan untuk soal siasat di Ramallah.
Perkhidmatan Perisikan Am PA telah menangkap wartawan Sami Radhi al-Assi di Nablus, selepas menyerbu rumahnya. Beliau adalah seorang tawanan yang dibebaskan dari penjara Israel dan pernah ditangkap beberapa kali sebelum ini oleh Pihak Berkuasa keamanan.
Perkhidmatan Keselamatan Pencegahan juga di al-Khalil telah menangkap dua bekas tawanan dari Yatta dan dua yang lain dari al-Khalil, di samping pelajar di Universiti al-Khalil dan sepupunya dari bandar Beit Kahil.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada