Categories
Berita Semasa

Degan: Entiti Zionis Menuju Perang Serantau

Selasa, 02-10-2012 – Mantan ketua Perisikan Luar Negara Israel (Mossad), Meir Degan mengingatkan langkah pemerintahan Benyamin Netanyahu yang mendorong negaranya untuk menggempur Iran. Beliau menyebut menyerang Iran sebagai tindakan bodoh. Tindakan tersebut menurutnya, sama dengan melakukan perang serantau di Timur Tengah.

Menurut Degan, serangan terhadap Iran akan menjadikan kehidupan bangsa Israel dalam keadaan darurat.

Serangan terhadap Iran hanya dilakukan oleh orang-orang bodoh. Presiden Iran, Mahmud Ahmadi Nejad memiliki akal yang jauh lebih baik daripada para pemimpin Israel. oleh kerana itu, Degan meminta ada kajian khusus untuk mencari alternatif untuk menghadapi senjata nuklear Iran. Serangan terhadap Iran ketika ini bukanlah cara yang betul.

sumber : COMES
penterjemah : Osman