
Selasa, 02-10-2012 – Ahmed Mustafa Wahdan, seorang guru dari Nablus di utara Tebing Barat, melancarkan kempen mogok lapar memprotes pemecatannya dari menuntut untuk kembali bekerja.
Wahdan, seorang guru sekolah telah dipecat dari jawatannya pada 1 Disember 2011 kerana kaitan politik, beserta ratusan pekerja lain yang turut dipecat dari pekerjaan mereka oleh kerajaan Fayyad di bawah alasan hubungan mereka dengan gerakan Hamas.
Mahkamah Agung Palestin mengeluarkan resolusi perundangan pada Selasa 4 September 2012 yang menimbangkan bahawa keputusan kerajaan Fayyad untuk memecat pekerja kerana sebab politik adalah bertentangan dengan undang-undang. Mahkamah itu juga mengarahkan kerajaan membenarkan mereka kembali bekerja. Namun, kerajaan Fayyad tidak mengendahkan keputusan mahkamah.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati