Kementerian Penerangan Palestin Ingatkan Bahaya Terhadap al-Aqsa

Isnin ,21/08/2006 –
Kementerian Penerangan Palestin hari ini (Ahad 20/8) mengingatkan kaum muslimin tentang bahaya bertimpa terhadap Masjid al-Aqsa dari pihak penjajah Israel. Kementerian ini menegaskan, pemerintah Israel
harus bertanggungjawab atas tindakan bodoh tersebut.

Dalam surat pernyataannya, Kementerian Penerangan Palestin mengingatkan tentang usaha berterusan pihak Yahudi radikal yang setiap saat
mengancam masjid al-Aqsa. Sehubungan dengan peringatan 37 tahun peristiwa pembakaran Masjid al-
Aqsa, Kementerian Penerangan mengingatkan, pencabulan terhadap Masjid al-Aqsa adalah berkait dengan aqidah umat Islam kerana Masjid al-Aqsa
merupakan tempat suci umat Islam sedunia. Kewujudan kaum muslimin di Palestin, khususnya di wilayah al-Quds mer upakan pilihan Allah untuk
menjaga lambang kemuliaan umat ini iaitu Baitul Muqaddis (rumah suci).

Kementerian Penerangan menyeru bangsa Arab, termasuk di dalamnya Liga Arab, Al-Quds Constitution, dan OIC untuk menyelamatkan al-Quds
terjajah sesuai dengan keputusan mereka yang akan mendokong penuh, memelihara status kearaban al-Quds sebagai simbol identiti aqidah umat
Islam. Dalam suratnya, Kementerian Penerangan menjelaskan, hari ini adalah peringatan terhadap 37 tahun pembakaran Masjid al-Aqsa. Sejak tahun
1967 al-Quds tak henti-hentinya menghadapi pelbagai usaha memusnahkannya dari kumpulan radikal Yahudi.

Pada Ogos 1969 contohnya kumpulan Yahudi radikal menyerang Masjid al- Aqsa dan membakar salah satu mihrab yang kemudiannya membakar mimbar
Salahuddin al-Ayubi. Sehingga hari ini Yahudi radikal belum mengendurkan niatnya merebut Masjid al-Aqsa dari kaum muslimin dengan pelbagai cara. Seperti usaha penggalian di bawah masjid, merobohkan sebahagian tembok dan merosakkan sebahagian tiang-tiangnya. Semua tindakan mereka ini sangat berbahaya bagi keselamatan masjid al-Aqsa.
Demikian juga bahaya yang lain datang dari kumpulan Yahudi yang menamakan kumpulan mereka “para penjaga Bukit Haikal” yang telah
memasuki Masjid al-Aqsa dalam rangka memperingati hari robohnya Haikal yang mereka dakwa serta berusaha membangun kembali Haikalnya di tapak Masjid al-Aqsa.