Categories
Berita Semasa

UNRWA Bekal Alat Tulis Kepada Pelajar Gaza

Khamis, 04-10-2012 – Pengarah Operasi UNRWA, Robert Turner berkata, agensi tersebut akan membekalkan alat tulis dan kelengkapan sekolah tersebut pada sesi pagi persekolahan bermula Isnin kepada pelajar Gaza disekolah yang menghadapi masalah kewangan.

Musim persekolahan bermula kira-kira sebulan yang lepas di semua sekolah UNRWA di Gaza, dimana 225,000 murid lelaki dan perempuan mendapat pendidikan, namun disebabkan masalah dana, pelajar hanya dibekalkan dengan buku teks.

Turner melalui kenyataan akhbarnya berkata, agensi pelarian akan mengagihkan alat tulis tersebut sepenuhnya kepada semua pelajar disekolah bagi tahun ini, namun menegaskan bahawa agensi tersebut mungkin tidak akan meneruskan program ini pada tahun akan datang.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : huda