Categories
Berita Semasa

Penubuhan penempatan-penempatan baru di Tebing Barat

Khamis, 04-10-2012 – Jawatankuasa Penempatan di Tebing Barat berkeputusan untuk mengubah klasifikasi kawasan luas di Jouret Alkafteh di bandar Abu Dis daripada fungsi pertanian kepada perumahan dan kemudahan awam. Ia merupakan langkah awal bagi meluaskan penempatan “Kedar” di jajahan itu.

Keputusan itu diambil rentetan daripada rancangan penerapan unsur Yahudi di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis, demikian menurut peguam Bassam Bahr, pengerusi jawatankuasa perlindungan tanah di Abu Dis pada Ahad.

Beliau menambah bahawa perancangan Israel itu terdedah menerusi rancangan yang diumumkan oleh Menteri Perang di mana menteri itu menyeru agar keluar dari Tebing Barat untuk menambah pos-pos utama dan penempatan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati