
Isnin , 08-10-2012 – Bayi Palestin Tala al-Baghdadi meninggal dunia pada tengahari Isnin, akibat dari kecederaannya, apabila lilin yang dinyalakan ketika bekalan elektrik terputus, membakar rumah mereka, seminggu yang lalu.
Api yang tercetus pada petang Selasa di Kem pelarian Bureiji, di tengah-tengah Tebing Gaza, menyebabkan kanak-kanak, Fathi Abdel Fattal al-Baghdadi, 3 tahun, melecur hinggal mati, sementara adiknya Tala, setahun setengah, dipindahkan ke Hospital akibat melecur teruk.
Sumber perubatan Palestin menyatakan bahawa bayi tersebut, Tala telah meninggal dunia pada tengahari Isnin akibat melecur yang sangat teruk.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : huda