Categories
Berita Semasa

Regim zionis menangkap empat orang di al-Khalil dan Qalqilya, termasuk kanak-kanak

Khamis, 04-10-2012 – Regim zionis Israel (IOF) telah menangkap empat rakyat Palestin pada hari Ahad, termasuk kecil, semasa serbuan mensasarkan bandar Qalqilya dan al-Khalil dan sekitar kampung di Tebing Barat utara dan selatan.

Sumber Palestin berkata bahawa pasukan tentera Israel menyerang di waktu awal pagi Ahad, bandar Azzun timur Qalqilya, dan menangkap tiga belia, Mutassim Radwan, Ahmed Radwan dan Abdel-Latif Swedan, selepas memecah masuk ke dalam rumah mereka dan mencari mereka.

Sumber keselamatan Palestin di al-Khalil juga berkata bahawa IOF turut menangkap kanak-kanak Mohammed Ghneimat, 16, dari bandar Surif, utara al-Khalil ketika cuba untuk memasuki masjid Ibrahimi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada