Lagi Menteri Kabinet Palestin di Culik Rejim Zionis.

Selasa ,22/08/2006 –
Rejim Zionis Ahad lalu (20/08/06), telah menculik Dr Mahmoud Al-Ramahi, Kounsil Legaslatif Palestin di rumahnya di Al-Beireh , Timur Ramallah.

Dr Ramahi sebelum ini telah berjaya bersembunyi dari cubaan menculiknya lebih dari 50 hari selepas
kempen Israel menculik menteri2 kabinet Palestin bermula. Dengan penculikan ini bermakna
lebih 39 orang menteri2 kabinet telah diculik.

Dr Ramahi berasal dari perkampungan al-Muzayri’a di daerah Ramlah yang telah
dimusnahkan rejim Zionis pada tahun 1948. Beliau berkelulusan perubatan dari Italy
dan pulang ke al-Beireh untuk menubuhkan pusat perubatan dan berkhidmat di hospita
al-Makased di Jerusalem.

Beliau merupakan pemimpin politik HAMAS di Tebing Barat dan pernah dipenjarakan
28 bulan pada awal tahun 90-an dan di bebaskan pada tahun 1995. Pada pilihanraya
yang lepas , beliau telah menang dan menjawat jawatan setiausaha Kounsil Legalatif Palestin.
Beliau telah pun berkahwin dan mempunyai 4 orang anak.