Rejim Zionis Culik Tiga Lagi Wanita Palestin

Selasa ,22/08/2006 –
Pasukan penjajah Zionis Israel, Ahad (20/08) menculik 3
wanita Palestin setelah menyerbu rumah-rumah mereka di kem pelarian al Galzun di bahagian utara kota Ramallah, Tebing Barat. Sumber tempatan di Ramallah menyebutkan, 5 kenderaan militan Zionis
Israel yang dikawal 30 tentera menyerbu kem pelarian pada pukul dua pagi. Mereka terus menyerbu beberapa rumah dan menangkap 3 wanita Palestin.

Mangsa pertama adalah Zakiyah Abdul Hamid Ghawanima (35) seorang usahawanita sebuah perusahaan farmasi di kota Ramallah. Dua bulan
sebelumnya, saudara Zakiyah yang bernama Wadha Ghawanima juga telah diculik pihak Israel.

Mangsa kedua adalah Hiba Mahmud Amuri (22), seorang aktivis sebuah pertubuhan wanita di Ramallah. Hiba sebelumnya pernah diculik Israel dan dibebaskan dua tahun yang lalu. Mangsa ketiga pula adalah Filistin Khamis Shabah (22), seorang pegawai di sebuah badan pemerhati keluarga di kota Ramallah. Mangsa sebelumnya juga penah diculik Zionis Israel. Pihak Zionis Israel sendiri, Ahad (20/08) menyatakan telah menculik 7 rakyat Palestin termasuk 3 orang wanita, dengan tuduhan
mempunyai hubungan dengan gerakan Jihad Islam. Akhir-akhir ini pihak Israel meningkatkan tindakan penculikan terhadap kaum wanita Palestin.

Berdasarkan data yang ada, sejak awal Ogos 2006 Israel telah menculik 9 orang wanita Palestin.