
Isnin, 05/11/2012 – Forum Media Palestin mengutuk sekeras-kerasnya penahanan seorang wartawan Baitulmuqaddis Iyad Rifai oleh tentera rejim Israel setelah serbuan di rumahnya.
Forum tersebut menyebut di dalam kenyataan akhbar pada Rabu bahawa rejim Israel menahan seorang pelajar kewartawanan Universiti Al-Quds dan pelatih di rangkaian media “Hona al-Quds”, jurugambar Iyad Rifai, 20 tahun setelah menyerbu rumahnya di bandar Anata timur Baitulmuqaddis. Iyad sedang menjalankan persiapan untuk filem “7300 days of absence” di mana beliau terlibat sebagai pelakon filem yang mengisahkan seorang wartawan dan jurugambar muda yang ingin melawat Baitulmuqaddis untuk pertama kali dalam tempoh 20 tahun.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati