
Isnin, 05/11/2012 – Regim zionis (IOF) telah merosakkan masjid di Bandar barat alKhalil di jajahan Tebing Barat dan menahan belia Palestin. Saksi memberitahu wartawan PIC bahawa tentera Israel menyerbu masjid Ahmed Yassin di Ethna di bahagian barat kampung al-Khalil. Mereka memijak, mencari dan merosakkan ruang dalam masjid itu. Dalam kejadian yang berkaitan, IOF menyerbu kem pelarian Arroub, di utara al – Khalil dan menangkap Mohammed Khaled al Jondi, 18 tahun, dan Abdul Ahmed Titi, 19 tahun, selepas menyerang rumah mereka.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada