
Selasa, 06/11/2012 – Organisasi Wartawan Palestin di Ramallah telah menyuarakan kebimbangan terhadap keadaan kesihatan para wartawan di penjara rejim Israel.
Kebimbangan tersebut terutamanya terhadap seorang wartawan Mohammed Al-Taj yang tidak mendapat perhatian kesihatan yang wajar oleh pihak pentadbiran penjara.
Dalam kenyataan pada Ahad, organisasi itu turut menyebut bahawa Taj, 44 telah menjalani hukuman penjara selama 10 tahun daripada hukuman 14 tahun dan turut terlibat dalam mogok lapar baru-baru ini. Ia turut memberi amaran tentang bahaya kematian jika Taj tidak dibebaskan segera.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati
One reply on “Wartawan yang ditahan berada dalam keadaan kesihatan yang membimbangkan”
Assalamualaikum Dr.Saya baru berkesempatan baca entri Dr yang ini. Dan juga baru sajhaa jumpa page Dr di fb. Saya sangat sedih tentang nasib Palestin, sejujurnya pengalaman saya tinggal di negara asing ni yg banyak menyedarkan saya. Masa saya di Malaysia, saya tak pernah peduli tentang nasib Palestin.Saya tak tahu kalau rakan sebaya saya faham maksud saya. Tapi saya rasa Dr pasti faham. 63 tahun satu tempoh penderitaan yg sangat panjang. Dr, bagaimanalah mahu disedarkan ramai lagi golongan muda Islam bahawa perjuangan kita untuk Palestin tak pernah tamat. Saya belajar di negara barat. Saya kadang2 jadi takut sampai saya berdoa semoga segala yg saya belanjakan disini, wang yuran pengajian saya bukanlah termasuk dalam jumlah wang yg digunakan untuk membantu Israel. Semoga Allah membantu. Semoga Allah permudahkan jalannya buat Palestin dan para pejuangnya.