Categories
Berita Semasa

Zahalka Seru Protes Besar-besaran Tolak Kenyataan Abbas

Selasa, 06/11/2012 – Seorang pemimpin Palestin dari wilayah 1948 dijajah, menyeru kepada pergerakan Fatah untuk menegur Presiden PA Mahmoud Abbas kerana kenyataan beliau yang dibuat baru-baru ini.

Wakil Arab MK, Jamal Zahalka berkata bahawa kenyataan Abbas bercanggah program Kebangsaan Palestin yang mengesahkan hak pulang pelarian ke rumah masing-masing, hak untuk penentuan nasib sendiri dan menubuhkan sebuah negara Palestin yang merdeka dengan Baitulmuqaddis sebagai ibukota.

Beliau menegaskan bahawa rakyat Palestin dari wilayah 1948 dijajahmenentang kenyataan Abbas di TV Channel Israel 2 yang menggadai prinsip nasional yang membentuk asas kepada perjuangan rakyat Palestin.

Ketua “Perhimpunan Demokratik Kebangsaan” menyeru semua rakyat Palestin untuk protes besar-besaran di jalan-jalan Israel menolak pendirian politik Abbas, menekankan bahawa ucapannya tidak mempunyai sebarang kesan yang besar.

Zahalka memberitahu Agensi Quds Press bahawa tujuan utama di sebalik kenyataan Abbas adalah untuk melindungi dirinya dan memastikan kesinambungan kepimpinan beliau yang dalam ancaman Israel menuntut penyingkiran beliau kerana dia tidak mampu lagi untuk meneruskan proses damai.

Beliau menambah bahawa “Konsesi yang dibuat oleh Abbas melemahkan kedudukan Palestin dan melibatkan usaha untuk merayu Israel”, menekankan bahawa rundingan dengan Israel tidak berguna kerana mereka telah gagal sepanjang masa yang lalu dan bahawa kenyataan Abbas hanya menggalakkan kezaliman Israel.

Pemimpin Palestin itu menganggap bahawa ia adalah perlu bagi pihak Palestin untuk menukar strategi daripada menawarkan konsesi dan merayu pihak berkuasa pendudukan, ia perlu melaksanakan tekanan ke atas Israel melalui perjuangan yang semakin meningkat popular dan tekanan antarabangsa, katanya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen