Rabu ,23/08/2006 – Ketua Kumpulan Hizbullah menyatakan keengganan untuk berundur dari kubu kuat mereka selagi tentera Lubnan tidak menguatkan pertahanan mereka di negara itu. Di dalam temubual bersama stesyen TV Al-Jazeera, Sheikh Naeem Qasim menyatakan bahawa Hizbullah akan terus bertahan dan sentiasa di dalam berjaga-jaga sehingga mereka pasti tentang keupayaan askar gantian berupaya mengawal kekejaman Zionis di Lebanon. Dalam masa yang sama Hizbullah akan membantu askar Lebanon dalam mempertahankan Lebanon dari serangan Israel
Qasim menegaskan bahawa Israel telah beberapa kali mengingkari perjanjian dan beliau berpendapat bahawa Hizbullah tidak akan membiarkan Lebanon akan terus musnah. Beliau juga menambah Hizbullah telah mencapai kejayaan di dalam peperangan menentang Israel dan sekutunya Amerika.
Beliau berpendapat jika musuh mereka tidak mencapai objektif, ia bermakna mereka telah tewas.
Di dalam situasi lain, institusi kewangan, ekonomi dan komersil telah di beri amaran tentang kekurangan sumber makanan di Lebanon akibat sekatan berterusan yang tidak bertanggungjawab pihak Israel.