Selasa, 27/11/2012 –Timbalan menteri hal ehwal luar, Ghazi Hamad berkata delegasi dari kerajaan Palestin di Gaza akan ke Kaherah hari ini untuk berbincang dengan pegawai-pegawai Mesir mengenai pembukaan sempadan Gaza sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata yang ditandatangani dengan pihak Israel.
Hamad membuat ucapannya kepada wartawan semasa makan malam perniagaan yang dianjurkan oleh kesatuan kontraktor Palestin pada hari Sabtu lalu untuk membincangkan mekanisme untuk memulakan projek-projek pembinaan semula Qatar di Gaza.
Hamad menegaskan bahawa ramai delegasi yang melawat Gaza sejak kebelakangan ini berjanji untuk
mengambil bahagian dalam pembinaan semula Gaza selepas serangan Israel baru-baru ini.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul