Categories
Berita Semasa

Ahli Parlimen Hamas tuntut Abbas bebaskan tahanan politik

Selasa, 27/11/2012 – Satu mesyuarat telah diadakan di antara Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan delegasi Ahli Parlimen serta bekas menteri dari Pergerakan Hamas petang Sabtu lalu di Muqata, Ramallah.

Mesyuarat itu diadakan pada jam 7 petang dan berlangsung selama satu jam setengah, di mana Ahli Parlimen dan bekas menteri Hamas menuntut Mahmoud Abbas membebaskan tahanan politik dari penjara PA, membenarkan kebebasan dikalangan orang awam di Tebing Barat dalam usaha mencapai perpaduan Palestin dan melaksanakan perjanjian damai.

Ahli Parlimen, Ahmed Attoun memberitahu wartawan PIC di bandar Ramallah, mesyuarat itu membincangka tentang serangan berterusan terhadap kebebasan awam oleh pihak keselamatan PA dan penahanan politik berterusan di Tebing Barat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz