Categories
Berita Semasa

Satu Lagi Kematian Akibat Kecederaan Ketika Perang di Gaza

Jumaat, 30-11-2012 – Seorang warga Palestin dilaporkan meninggal dunia akibat kecederaan yang di alami ketika serangan oleh tentera Zionis terhadap kereta awam di bandar Khan Younis dekat Tebing Gaza, ketika serangan baru-baru ini. Mangsa meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Hospital Mesir.

Jurucakap Kementerian Kesihatan di Gaza, Ashraf al-Quodra melaporkan dalam kenyataannya di laman Facebook pada rabu, kematian Mahmoud Sami Shaath, 21 adalah disebabkan kecederaan, sambil menegaskan bahawa mangsa keganasan meningkat daripada 176 yang syahid dan 1300 cedera.

Pada 14 November, tentera Zionis telah melancarkan perang keganasan terhadap Tebing Gaza yang berlangsung selama lapan hari dan telah membunuh 176 penduduk serta mencederakan kira-kira 1300 penduduk, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak serta golongan tua.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : huda