Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menahan 11 orang penduduk Palestin di Tebing Barat

Jumaat, 30-11-2012 – Tentera ‘Israeli Occupation Forces’ (IOF) telah menahan 11 penduduk Palestin di tebing barat hari ini, dan membawa mereka ke destinasi yang tidak diketahui.

Radio Hebrew berkata pagi ini, lima orang daripada tahanan berasal daripada bandar al-Khalil manakala tahanan lain berasal daripada pelbagai tempat di tebing barat.

Sumber-sumber tempatan di al-Khalil berkata kumpulan tentera tersebut menahan dua orang saudara daripada bandar itu dan menghantar mereka ke tempat yang tidak diketahui. Mereka juga menahan dua tahanan yang dibebaskan yang mana salah seorang daripada mereka sebelum ini telah menjalani hukuman lebih dari tiga tahun di penjara Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nurul izzati