
Jumaat, 30-11-2012 – Pihak berkuasa penjara Israel melanjutkan penahanan pentadbiran ke atas Wasfi Kabaha, bekas Menteri hal ehwal banduan dan pemimpin dalam pergerakan Hamas dari bandar Jenin di utara Tebing Barat.
Isteri Kabaha dalam satu kenyataan akhbar pada Rabu lalu berkata pentadbiran penjara Hadarim, di mana suaminya telah ditahan telah memberitahunya tentang keputusan untuk memperbaharui penahanan beliau yang dikeluarkan oleh mahkamah Ofer selama enam bulan.
Beliau menegaskan, penahanan pentadbiran suaminya yang telah ditangkap pada Jun tahun lepas telah diperbaharui 4 kali berturut-turut
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz