
Jumaat, 30-11-2012 – Tentera laut Israel menculik 6 nelayan Palestin dan meletupkan sebuah bot nelayan di perairan Gaza pada petang Rabu sekaligus melanggar perjanjian damai yang dicapai antara Israel dan Palestin. Nizar Ayesh, pengerusi sindiket nelayan Palestin di Gaza memberitahu PIC pencabulan tersebut berlaku dalam lingkungan jarak 6 batu nautika seperti yang tertera di dalam perjanjian.
Beliau berkata, bot bersenjata tentera laut Israel itu mengawal sebuah bot nelayan beserta 5 nelayan dan mendakwa bahawa mereka umpama sekeluarga. Kemudiannya tentera laut itu meletupkan satu lagi bot setelah menahan seorang nelayan.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati