
Rabu, 05-12-2012 – Pusat Hak Asasi Manusia (HAM) Palestin menyebutkan, tentera Zionis telah menahan 29 nelayan dan menyita serta merosakkan 9 kapal milik mereka sejak menandatangani perjanjian gencatan senjata.
Dalam laporanya, Ahad (2/12) yang disiarkan pihak infopalestina, HAM Palestin menyebutkan, serangan Zionis terhadap para nelayan masih terus berlanjutan, sekurang-kurangnya 29 nelayan Palestin ditangkap hingga kini. 14 nelayan diantaranya ditangkap sejak hari Sabtu lepas. Pihak tentera juga menyita dan merosakkan 9 kapal milik nelayan, sejak ditandatangani perjanjian damai oleh Israel.
Dalam hal ini, pihak HAM mengecam tindakan tentera Zionis yang sentiasa melanggar perjanjian damai di perairan Gaza. pihak HAM menyeru Israel menghentikan penangkapan terhadap para nelayan Palestin dan mengizinkan mereka mencari rezeki di perairan Gaza. Padahal mereka masih berada di dalam zon laut Gaza sejauh 6 mil dari pesisir pantai. Oleh kerana itu, HAM meminta dunia antarabangsa menghentikan segera tindakan pelanggaran Israel.
sumber : COMES
penterjemah : Osman