Culik abang selepas bunuh adik


Jumaat, 25/08/2006 –
Pasukan khas tentera rejim Zionis telah menculik Ketua Pergerakan Hamas di Khan Younis, Dr Younis Abu Dakka awal pagi Khamis lalu selepas jet tempur rejim Zionis menembak dua peluru berpandu ke rumah beliau yang mengorban adiknya, Yousef.

Laporan perubatan mengatakan bahawa Yousef Abu Dakka terbunuh selepas peluru berpandu itu mengenai rumah keluarganya. Mereka mengatakan bahawa tenterarejim Zionis telah menyerbu masuk ke Bandar itu dan menghalang perjalanan ambulance yang membawa Yousef. Tindakan kejam militan rejim Zionis telah menyebabkan Yousef syahid sejurus selepas tiba di hospital akibat pendarahan yang sangat teruk.

Wartawan PIC melaporkan bahawa pasukan unit khas rejim Zionis itu memasuki bandar menggunakan kereta kebal dan kenderaan bersenjata sambil menembak ke arah penempatan penduduk. Askar rejim Zionis kemudiannya dilihat mengepung rumah Dr. Younis yang bekerja sebagai pensyarah di Islamic University sebelum menculik beliau. Militan Israel meninggalkan bandar disertai dengan tembakan yang bertubi-tubi.