Rejim Zionis gunakan senjata kimia untuk serang Palestin


Jumaat, 25/08/2006 –
Pengarah Hospital Abu Yousef Al-Najar di Rafah, Dr Ali Mousa dalam kenyataannya Rabu lalu mengatakan bahawa tentera rejim Zionis telah menggunakan senjata yang asing dari pengetahuan para doctor.

Lebih 245 mangsa bedilan roket rejim Zionisl dikejarkan ke hospital sejak bermulanya operasi ‘hujan musim panas’ rejim Zionis dalam keadaan tisu badan yang rosak teruk. Kebanyakan mereka keluar daripada hospital dalam keadaan kurang upaya yang akan kekal seumur hidup. Dr Ali turut mengatakan bahawa semua jadual pembedahan sepanjang musim panas ini terpaksa dibatakan oleh pihak hospital memandangkan ketiadaan elektrik. Ini berikutan kemusnahan stesen janakuasa di Semenanjung Gaza yang dibedil oleh rejim Zionis.

One reply on “Rejim Zionis gunakan senjata kimia untuk serang Palestin”

Comments are closed.