Categories
Berita Semasa

Tender Baru Bagi Pembinaan Rumah di Utara Baitulmuqaddis

Isnin , 17-12-2012 – Pihak berkuasa Israel telah memberikan tawaran untuk meluaskan kawasan penempatan di Ma’ale Adumim pada tanah berkeluasan dua puluh dunum yang dirampas bagi pembinaan unit rumah yang baru di utara Baitulmuqaddis.

Ahmad Sob-Laban, penyelidik Palestin yang pakar dalam hal ehwal penempatan Israel mengeluarkan kenyataan akhbar mendedahkan bahawa tender ini bertepatan dengan kelulusan pembinaan 3426 unit rumah di kawasan E1, dimana Jawatankuasa Perancangan Kawasan dan Pembinaan Israel di Tebing Barat telah meluluskan dua projek beberapa hari lalu. Kelulusan pertama meliputi pembinaan 2176 unit rumah dikawasan tanah berkeluasan 1250 dunum, dan yang selebihnya termasuklah pembinaan 1250 unit rumah dikawasan yang berkeluasan 935 dunum.

Beliau menambah, kedua-dua projek tersebut adalah sebahagian daripada enam projek yang telah dirancang untuk pembinaan 3682 unit rumah baru dikawasan E1, termasuklah pembinaan kawasan industri dan projek infrastruktur.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : huda