
Isnin, 28/08/2006 –
Perdana menteri Palestin, Ismael Haneyyah, Ahad (27/8)
menegaskan, pihaknya sudah bertemu dengan para penculik dua wartawan asing. Kedua-dua wartawan tersebut dari pejabat berita Fox News Amerika ditangkap oleh sekumpulan warga Palestin di Gaza dua minggu lalu.
Sebelumnya para penculik mengaku daripada brigade Jihad Baitul Maqdis menuntut kerajaan Amerika membebaskan para tawanan muslim yang ditangkap di Amerika. Mereka memberikan tempoh waktu sehingga Sabtu (26/8).
Dalam sidang akhbar pagi tadi, Haneyyah mengatakan, “Ada perkembangan positif dalam isu ini. Para penculik dua wartawan asing tersebut berjanji tidak akan mengapa-apakan tawanan itu”.
Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Palestin, Sa’id Shiyam sedang menyiasat para penculik itu. Beliau mengatakan, kita berharap kes ini akan dapat diselesaikan segera sesuai dengan kedudukan kita
sebagai bangsa pejuang yang beradab. Hal serupa dinyatakan Haneyyah, isu ini insya Allah akan selesai
dalam sedikit masa lagi. Beliau juga menegaskan bahawa beliau sendiri dan Menteri Dalam Negeri Palestin sedang menyiasat para penculik itu.