
Selasa, 29/08/2006 – 2 rakyat Palestin terbunuh pada hari Isnin (28/08/06)
dalam dua insiden berasingan di utara dan selatan Jalur Gaza akibat serangan ganas rejim Zionis.
Sumber perubatan mengatakan budak berusia 15 tahun , Mohammed Al-Za’anin terbunuh dalam letupan tersebut. Sementara itu, di Rafah, budak berusia 20 tahun, Salama Abu Odwan, terbunuh akibat tembakan tepat mengenai dadanya yang
serta merta membunuhnya.
Rejim Zionis kerap kali melancarkan tembakan membuta tuli ke arah orang awam yang sering kali mengundang kematian dan kecedaraan yang
banyak.