Penjara Israel menafikan hak Duwaik untuk pemeriksaan doktor


Selasa, 29/08/2006 –
Panel pembela kepada speaker PLC Dr. Azizi Duwaik yang diculik oleh rejim zionis telah mengumumkan bahawa pihak berkuasa penjara Kfar Yona tempat dimana beliau ditahan telah menafikan hak Duwaik yang telah mengalami kesakitan dan kemerosotan keadaan kesihatan akibat penahanan tersebut untuk menjalani pemeriksaan doktor. Doktor yang datang untuk memeriksa Duwaik di sel penahanannya telah tidak dibenarkan masuk.


Peguam Ahmed Safiya, salah sorang ahli dalam panel pembela tersebut menyatakan bahawa pihak pengurusan tertinggi penjara Kfar Yona yang terletak berhampiran penempatan Netanya telah berulang kali menafikan hak Duwaik untuk dilawati oleh sebarang doktor bagi memeriksa keadaan kesihatannya yang kian meruncing.