
Selasa, 29/08/2006 –
Anggota biro politik Hamas, Muhamad Nazzal menegaskan, seorang cendekiawan Amerika, Jessi Jackson (bekas calon presiden Amerika) Ahad (27/08) bertemu dengan Khalid Mishal, ketua biro politik Hamas. Beliau ingin menjadi orang tengah antara Hamas dan
Israel dalam isu pembebasan tawanan tentera Israel.
Dalam pernyataannya kepada Markaz filistini lili’lam, Nazzal menyebut bahawa pertemuan ini sangat penting dan bermanfaat. Beliau menambah, dalam pertemuan itu Jackson menawarkan diri sebagai
mediator dalam membebaskan tawanan Jalad Salath, soldadu Israel yang ditawan oleh fraksi-fraksi pejuang Palestin, khasnya oleh Brigade Izzudin Al Qassam dalam satu operasi “tipuan penghancur”
pada 25 Jun lalu.
Nazzal menegaskan, Mishal menyampaikan kepada Jackson bahawa Hamas menyambut baik tawaran Jackson sebagai mediator dengan prinsip tukar menukar dan komitmen bersyarat. Beliau menyatakan bahawa keangkuhan Israel merupakan faktor penyebab tiada titik temu yang membuahkan keputusan positif berkenaan isu tawanan hingga kini.
Jackson sebelumnya bertemu dengan presiden Syria, Basyar Asad pada Ahad lepas. Kemudian akan ke Beirut untuk bertemu dengan ketua parlimen Lubnan, Nabeh Barri bagi membincangkan isu dua soldadu
Israel yang ditawan oleh Hizbullah.
Menurut rancangannya, Jackson akan bertemu dengan beberapa pegawai atasan Israel di wilayah Palestin jajahan Israel untuk membincangkan perkara yang sama.