
Rabu, 30/08/2006 –
Tentera Israel kembali menyerang pagi ini
Selasa (29/08) di timur Rafah selatan Semenanjung Gaza. Tiga rakyat Palestin ditangkap. Di Jabalia seorang ibu tua meninggal syahid setelah cedera parah dibedil roket Israel sebulan lalu. Sementara itu dua orang aktivis Al Aqsa syahid diserang Israel di Nablus.
Tentera rejim Zionis kembali menyerang pagi ini Selasa (29/08) di timur Rafah selatan Semenanjug Gaza. Mereka menangkap tiga warga Palestin
dari keluarga Makmar di timur Rafah wilayah Shufa.
Dari Jabalia dilaporkan, pagi ini seorang ibu tua Maryam Farwadah (60) warga tempatan meninggal kerana cedera parah akibat dibedil roket rejim Zionis sebulan lalu.
Sementara itu di Nablus, dua aktivis dari Brigade Syuhada Al Aqsa diserang rejim Zionis dan mencederakan seorang pejuang dari Brigade Al Qassam di kem Balatah di bahagian timur Nablus. Menurut saksi, sebuah rumah diserang pesawat pengintip rejim Zionis. Dua pejuang di dalam rumah itu syahid. Mereka adalah Hane Abdullah Hasyasy (25) dan Ibrahim Nimr Abu Munif (20). Rumah yang diserang rejim Zionis adalah
milik Nimr Abu Munif.