
Rabu, 30/08/2006 –
Timbalan Ketua Biro Politik Hamas Dr. Musa Abu Marzouk telah mengesahkan bahawa kegigihan pejuang-pejuang Hizbullah dalam berdepan dengan tentera rejim Zionis beserta dengan serangan-serangan mengejut yang telah dilaksanakan terhadap tentera penjajah tersebut akan menghasilkan kesan strategik terhadap keseluruhan rantau Arab.
Kenyataan Abu Marzook ini dinyatakan semasa temuramah beliau dengan suratkhabar Al-Ahram di Mesir yang telah diterbitkan Selasa lalu. Dalam kenyataan tersebut beliau menyatakan dengan tegas bahawa kekuatan tentera rejim Zionisyang selama ini dibanggakan tidak lagi akan menjadi satu ancaman mahupun titik penentuan dalam mana-mana pertarungan pada masa akan datang di rantau ini.