
Isnin , 04/09/06 – Kumpulan pejuang Hamas telah beroleh kemenangan besar termasuk jawatan Pengerusi Jumaat lalu dalam pemilihan Pertubuhan Akauntan dan Editor yang diadakan di Semenanjung Gaza.
Kemenangan Hamas di saat kemelut Israel-Hamas memberi mesej baru kepada penduduk serantau dan dunia yang sentiasa cuba untuk menjatuhkan kerajaan Hamas yang dipilih secara demokrasi. Dr.Salem Hillis (Hamas) memenangi jawatan pengerusi manakala blok Hamas memenangi 23 kerusi secara keseluruhannya. Parti Fatah yang pernah dipimpin oleh Yasser Arafat pula hanya berjaya memenangi 10 kerusi sahaja. Wartawan PIC di Gaza melaporkan bahawa calon-calon Hamas telah memenangi semua 11 kerusi di Gaza sambil menambah bahawa 83% daripada pengundi yang layak telah keluar mengundi. Perdana Menteri pula mengesahkan bahawa kemenangan Hamas menandakan bahawa rakyat Palestin mempunyai keyakinan yang terguh terhadap pergerakan itu.