
Selasa , 05/09/06 –Sumber media Palestin menyebutkan, Sabtu (2/9) sekumpulan tentera rejim Zionis menyerang penduduk daerah Beit Hanun Khanyunis, bahagian utara Gaza. Operasi tersebut mengakibatkan seorang penduduk Palestin dan anaknya meninggal dunia.
Sementara itu menurut sumber media di Khanyunis menyatakan, puluhan kenderaan tentera rejim Zionis serta helikopter Apache menyerbu wilayah Khanyunis kelmarin (Sabtu). Mereka mengepung salah sebuah rumah milik pemimpin al-Qassam. Berlaku kejadian tembak menembak antara pasukan rejim Zionis dengan para pejuang Palestin di wilayah tersebut.
Sumber media Palestin menyebutkan bahawa seorang penduduk, Ismael Abu Audah (56 tahun) dan anaknya Muhammad Abu Audah (27 tahun)
syahid akibat tembakan tentera rejim Zionis. Menurut saksi, tentera rejim Zionis menyerbu wilayah Al-Birah dan
mengepung Komandan al-Qassam, Yunus Abu Al-Fitah pada pukul empat pagi. Di pihak lain, pasukan Al-Qassam mampu memberikan tentangan
sengit yang berjaya mencederakan para tentera bengis rejim Zionis. Saksi lain menyatakan, beberapa orang tentera rejim Zionis tercedera akibat pertempuran itu. Sementara itu pesawat Apache rejim Zionis
melepaskan peluru-pelurunya ke arah tempat pertempuran yang menyebabkan empat warga Palestin cedera. Di samping itu, kereta
kebal rejim Zionis tak henti-hentinya melepaskan tembakan meriamnya ke arah perkampungan penduduk. Ia mengakibat empat lagi penduduk
cedera.
Sumber media dari hospital Syuhada AL-Aqsa menyebutkan, seorang lagi warga Palestin syahid akibat pertempuran tersebut. Syuhada tersebut tiba di hospital dengan berlumuruan darah dan tidak sempat diselamatkan. Sehingga kini identiti syuhada tersebut masih belum dikenalpasti.