
Khamis ,21-02-2013 – Urusetia umum Liga Arab menggesa PBB dan Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Hak Asasi Manusia agar segera campur tangan untuk menjamin pembebasan pemogok kelaparan Palestin yang ditahan.
Urusetia, dalam dua mesejnya kepada Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon dan Pesuruhjaya Tinggi Navi Pillay, meminta tindakan antarabangsa menuntut pembebasan Samer Al-Issawi dan rakan-rakannya, yang telah melancarkan mogok lapar selama lebih daripada 200 hari.
Nabil Al-Arabi, Ketua Setiausaha Liga, menyifatkan tindakan berdiam diri sebagai “tidak boleh diterima”.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada