
Khamis ,21-02-2013 – Kesatuan Wa’ed untuk tahanan dan bekas tahanan meyeru kumpulan-kumpulan hak asasi manusia agar masuk campur untuk menyelamatkan nyawa seorang tahanan ialitu Dirar Abu Sisi yang telah berada di dalam tahanan pengasingan selama 2 tahun.
Menurut Wa’ed, keadaan kesihatan Abu Sisi semakin buruk tambahan pula semenjak beliau menderita sakit kronik.
Ia berkata, Abu Sisi diasingkan dalam tahanan pengasingan selama 23 jam dan cuma dibenarkan keluar selama sejam untuk berada di bilik yang lebih besar dan menekankan bahawa Abu Sisi telah dikurung dengan ketat. Beliau turut menambah bahawa Abu Sisi juga dilarang daripada berjumpa isteri dan anak-anaknya.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati