Khudari membatalkan perletakan jawatannya.


Selasa , 05/09/06 –
Jamal Al-Khudari, Menteri Telekomunikasi Palestin, memberi respon secara positif kepada Menteri Palestin Ismail Haneyya yg menolak permohonannya untuk meletak jawatan.

Tindakan ini diambil Haneyya semasa mesyuarat di rumah Khudari malam semalam yg dihadiri oleh beberapa ahli kabinet dan menteri. Perletakan jawatan ini ditolak kerana tidak ada alasan diserta bersama permohonan tersebut.

Sumber Palestin berkata permohonan perletakan jawatan itu bukan bermaksud membantah terhadap tindakan kerajaan, tetapi difikirkan Khudari untuk memantapkan lagi formasi dalam struktur pimpinan kerajaan dan juga bagi menyampaikan misi yg lebih baik apabila berita yg mengatakan kerajaan baru akan dibentuk dalam masa 10 hari ini.

Setelah mendengar beberapa pendapat tentang perletakan jawatan ini, Khudari membantalkan niatnya itu. Beliau dijangka akan menjawat semula menteri Telekomunikasi dan memasuki mesyuarat kabinet Isnin ini.