Majoriti penduduk Gaza menyokong kerajaan campuran yang diketuai Hamas


Selasa , 05/09/06 –
Laporan undian menunjukkan majority penduduk Gaza menyokong pembentukan kerajaan campuran yang diterajui Hamas. Pusat Undian Mustakbal yang menganjurkan undian tersebut mengutip pandangan masyarakat mengenai pembentukan kerajaan campuran serta pertukaran banduan.

Tinjauan ke atas 1,046 golongan dewasa menunjukkan bahawa 79.3% penduduk menyokong pembentukan kerajaan campuran di mana 76% daripadanya mengatakan bahawa sudah tiba masa yang sesuai untuk kerajaan itu dibentuk. Walau bagaimanapun, 43% mengatakan bahawa kerajaan yang akan dibentuk itu nanti tidak akan berupaya menghentikan kezaliman Israel-Amerika yang akan terus menyusahkan kerajaan baru dan penduduk. 40% yang lain memberikan pendapat yang berbeza.

Keputusan survey turut menjelaskan bahawa 59% menyokong penuh kepimpinan Hamas manakala 34% menentang. Majoriti 81% berpuas hati dengan tindakan paksi yang menawan tentera kerahan rejim Zionis, Gilad Shalit di dalam isu pertukaran banduan tersebut. Dalam pada itu, 70% lagi menolak sebarang kelewatan pembebasan rakyat Palestin sebagai balasan di atas pembebasan Shalit.