
Jumaat , 08/09/06 –
Dr Aziz Duwaik jurucakap PLC yang telah diculik telah menggesa dari penjara peribadinya di penjara Israel Kfar Yona agar para guru menamatkan mogok mereka dan menggesa agar disegerekan usaha ke arah penyatuan kerajaan secara nasional.
Jurucakap memberitahu peguam yang melawat Shirin Al Eisawi, dari jabatan penjara PA pada rabu lepas bahawa proses pembelajaran hendaklah mengambil tempat yang sepatutnya. Beliau menggesa agar formasi menyeluruh penyatuan secara nasional bagi menyatukan rakyat Palestin membenarkan kemasukan dana dan memulakan gerakan ekonomi dan social.
Duwaik menyatakan kebimbangannya di atas tindakan mogok pegawai kerajaan dan menyatakan kekesalan di atas serangan ke atas institusi PA dan PLC dan menyatakan bahawa ianya merupakan harta benda rakyat palestin dan bukannya segelintir golongan. Beliau menyatakan bahawa persoalan penduduk penjara sepatutnya menjadi keutamaan penduduk Palestin. Menurut peguam tersebut, Duwaik masih lagi di kurung di sel yang kecil dan menghabiskan masa membaca dan beribadat.