
Jumaat , 08/09/06 –Mahkamah tentera Israel di Petah Tikwa telah melanjutkan penahanan Dr Nasseruddin AL Shaer, menteri pelajaran PA dan timbalan Premier selama lapan hari lagi bagi menghabiskan soalsiasat.
Peguam jawad Bolos dan Mohammed Al Saadi memberitahu wakil jurucakap PLC bahawa peguamcara tentera Israel meminta lanjutan 15 hari lagi selepas menuduhnya bersengkokol dengan gerakan Hamas.
Dr Shaer kini menghadapi soal siasat yang ketat di atas isu penangkapan tentera Israel di Semenanjung Gaza. Menurut peguam Saadi lagi, pihak penyiasat memberitahu Shaer “berikan kami tentera tersebut dan kami akan membebaskan kamu dengan segera”
Pihak peguam menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai kuasa untuk melihat kes ini dan menambah bahawa perbicaraan tersebut berbau politik dan PA serta menteri-menterinya adalah kebal dari sebarang tindakan.