
Selasa , 12/09/06 –Puluhan ribu warga Yahudi Zionis, kelmarin (Sabtu 9/9/06)
berdemonstrasi di Tel Aviv. Mereka menuntut perdana menteri Ehud Omert mengeluarkan kenyataan sebab-sebab kekalahan tentera Israel dalam perang di Lubnan.
Demonstrasi tersebut merupakan yang terbesar sejak Olmert menjadi perdana menteri Israel pada bulan Mei lalu. Sementara itu berdasarkan pungutan suara, sokongan rakyat ‘Israel’ terhadap pemerintahnya berkait perang terhadap kumpulan pejuang Palestin dan Lubnan semakin menurun.
Menurut pihak polis Israel, tindakan ini dihadiri hampir 30,000 orang ramai yang berkumpul di dataran Rabin, pusat kota Tel Aviv.
Di antara mereka yang menyertai demonstrasi adalah kumpulan pasukan simpanan yang ikutserta dalam perang Lubnan. Orang ramai yang hadir dalam demonstrasi itu menjeritkan kata-kata ejekan dan
kejian terhadap Olmert. Mereka menyeru agar Olmert balik ke rumahnya. Para orator dalam demonstrasi tersebut menyebutkan bahawa
tentera Israel perlu mendapat ganjaran khusus yang layak. Mereka juga menyeru agar warga awam dipersiapkan secara matang untuk menghadapi serangan roket-roket Hizbullah yang menyerang wilayah Palestin jajahan 1948.
Akibat perang ini, 1200 penduduk awam Lubnan terkorban. Sementara di pihak Israel lebih dari 157 warganya maut. sebahagian adalah tentera.
Dalam sidang akhbarnya Olmert menyatakan, kita harus melihat segala sesuatu dari pelbagai dimensi. Beliau juga menolak anggap sebahagian rakyatnya bahawa Israel kalah dalam perang tersebut.
Dalam pada itu, Olmert berjanji akan menyiasat sebab-sebab kekalahannya dalam perang Lubnan dengan membentuk jawatankuasa khas.
Menurut sebahagian media Israel, dijangkakan dewan kabinet Olmert akan memutuskan pembentukan jawatankuasa khas tersebut pada hari ini.