Rejim Zionis menahan 13 rakyat Palestin


Selasa , 12/09/06 –
Sumber dari Israel berkata, Rejim Zionis telah menahan 13 rakyat Palestin di Tebing Barat malam tadi dengan beranggapan mereka adalah aktivis pembebasan Palestin.


Mereka juga menambah operasi yang sama berlaku di Nablus, Ramallah, Baitullaham dan Bandar Jenin.

Dalam masa yang sama, sayap kanan PFLP telah melancarkan 2 mortar ke arah kedudukan Rejim Zionis di Kissufim, timur Khan Younis di Semenanjung Gaza Isnin lalu

Kesemua pejuang Palestin itu dikhabarkan telah kembali ke pangkalan mereka dengan selamat sambil menyatakan serangan tersebut adalah tindakbalas ke atas kekejaman Rejim Zionis terhadap rakyat Palestin