Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menutup satu-satunya laluan komersil selama 4 hari berturut-turut

Rabu, 03/04/2013 – Rejim Israel (IOA) terus menutup satu-satunya laluan komersil Karm Abu Salem ke Gaza pada Isnin untuk hari keempat berturut-turut.

Raed Fattuh, yang bertanggungjawab menyelaras kemasukan barangan ke Semenanjung Gaza berkata bahawa IOA memaklumkan jabatannya tentang penutupan laluan pada Ahad dan Isnin dan juga menutupnya pada Jumaat dan Sabtu setiap minggu.

IOA telah menutup Karm Abu Salem selama 17 hari pada bulan Mac untuk sebab keselamatan dan juga keraian Yahudi.

Penutupan tersebut memberi kesan kepada 1,700,000 nyawa penduduk Palestin di kawasan pantai dan mengakibatkan kekurangan bahan asas serta bahan api dan pembinaan. Ia turut memberi kesan kepada jumlah bantuan yang dihantar oleh UNRWA kepada lebih sejuta rakyat Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati