Categories
Berita Semasa

Asy-Syahid Maisarah Abu Hamdiah, Teladan Jihad dan Pejuangan Dalam Diam.

Isnin, 08/04/2013 – Asy-Syahid Abu Hamdiah Abu Asninah (Abu Thariq), berasal dari kota Hebron lahir tahun 1949. Beliau dipenjara penjajah zionis dan pernah dibuang daerah ke Jordan pada tahun tahun 1970. Asy-Syahid bergabung dalam revolusi Palestin dan termasuk pejuang bahagian barat di Lebanon. Beliau dikenali sebagai seorang yang memiliki akhlak, agama, pengalaman teknikal dalam bidang persenjataan. Beliau turut terkenal sebagai seorang yang memiliki visi dan misi Islam yang jelas.

Abu Tariq adalah pejuang dan mujahid yang bekerja dengan serius dalam diam. Beliau diketahui teguh beragama dan banyak beribadah, memiliki pemikiran kuat dalam politik dan jihad. Beliau merupakan pakar dalam merancang persenjataan dan bom. Beliau mempunyai kemahiran perisikan keselamatan yang hebat. Beliau bekerja dalam Kelompok Aliran Islam dalam gerakan Fatah yang dibentuk oleh Munir Syafiq. Antara pimpinan utamanya adalah Abu Hamdi Sultan, Abu Hasan Qasim, Al-Kayali. Mereka semua gugur syahid di Limsoel Cyprus. Maisarah menjadi sebahagian dari kelompok Islam di Fatah yang dipimpin oleh Muin Thahir setelah Munir Syafiq yang mengabungkan antara perjuangan melawan penjajah dan kerja Islami.

Abu Thariq berperanan menyiapkan dan merancang sejumlah operasi militan besar walaupun ketika itu beliau berada di luar negeri. Di antara operasi militan yang dikendalikan adalah Operasi Dabuya yang terkenal di Hebron serta sejumlah operasi lain di Al-Quds seperti operasi Bab Al-Magharibah dan lain-lain.

sumber : COMES
penterjemah : osman