
Rabu , 13/09/06 –
Sami Abu Zuhri, jurucakap pergerakan HAMAS berkata di Jaluar Gaza, mengumumkan
satu persetujuan bersama telah dicapai antara pergerakan itu dengan Presiden Mahmoud Abbas
bahawa kerajaan campuran tidak akan diistiharkan sehingga kesemua menteri kabinet yang
telah diculik oleh rejim Zionis dibebaskan.
Beliau berkata rundingan formasi kerajaan baru ini amat positif sekali perkembangannya dan
amat berharap ia akan membuahkan hasil.
Jurucakap itu menyatakan kesatuan kerajaan berdasarkan dokumen yang ditandatangani oleh
semua fraksi Palestin. Dokumen tersebut turut tidak mengiktiraf rejim Zionis.
Abu Zuhri berkata dokumen tersebut akan mempertimbangkan PLO menjadi
rujukan rakyat Palestin.